Entourage

Friday, May 23, 2008

Deborah in P&G show wearing Syaiful Baharim


SELEBRITI, personaliti TV dan golongan fashionista turut memeriahkan majlis koktel pelancaran sulung P&G beauty Hair Spa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara ini berlangsung mengikut gaya majlis pelancaran Pantene Hair Spa pertama dunia di Sydney, Australia. Bagi menghargai pelanggan, mereka ditawarkan cucian rambut dengan rumusan yang diaktifkan oleh air Pantene Pro-V serta dandanan rambut percuma. P&G beauty Hair Spa ini dianjurkan bersama Malaysian Hairdressing Association (MHA) dan disokong oleh Pantene Pro-V dan Watsons Malaysia.

Acara kemuncaknya ialah pertunjukan dandanan rambut oleh ahli-ahli MHA iaitu Winnie Loo, Alex Lim, Michael Poh dan Danny Tan. Pertunjukan ini disokong oleh pereka fesyen terkemuka Malaysia, Khoon Hooi dan Syaiful Baharim.

Berucap pada majlis pelancaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Procter and Gamble Malaysia, Vaidyanath Swamy berkata: "Hubungan di antara kecantikan, rambut dan fesyen amatlah terserlah. Ia suatu hubungan yang simbiotik dan saling bergantung kepada cetusan kreatif yang memberi inspirasi kepada yang lain melalui idea-idea dan aspirasi."

P&G beauty mempunyai hubungan yang kukuh dengan komuniti fesyen global melalui pelbagai pakatan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Selain menjadi penaja rasmi kecantikan dan rambut bagi Minggu Fesyen Milan di Itali, P&G beauty baru-baru ini juga telah menjadi salah satu daripada penaja Minggu Fesyen London.

Selain itu, Pantene juga menjadi salah satu daripada penaja Minggu Fesyen Moscow manakala SK-II terlibat dengan Minggu Fesyen Sydney.

Swamy menjelaskan, P&G beauty komited kepada pembangunan industri fesyen, kecantikan dan rambut tempatan.

"P&G beauty komited kepada pakatan kukuh bersama industri kecantikan dan rambut tempatan dan dalam kes ini, kami berkolaborasi dengan MHA untuk acara pertunjukan rambut dan menyelaras Spa Rambut P&G beauty selama tiga hari," katanya.

Perkhidmatan spa rambut P&G beauty itu telah diadakan di Pavilion KL baru-baru ini. Pengunjung ditawarkan mengikut prinsip siapa cepat dia dapat dan sebanyak 150 pelanggan pertama layak diterima setiap hari sepanjang acara eksklusif itu berlangsung.

"Terima kasih kepada P&G beauty di atas sokongan yang berterusan dan MHA sentiasa memainkan peranan penting dalam memajukan bidang dandanan rambut.

"Dengan sumbangan P&G beauty ini, kami dapat meningkatkan keperluan pendidikan mengenai rambut dan memberi maklumat industri rambut terkini kepada ahli," kata Presiden MHA, Teh Siew Yong.

KOSMO, May 23rd 2008

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin