KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2008: Tiga gaun cantik yang bakal diperagakan Maya Karin Roelcke pada hari bahagianya di Bellagio, Itali bermula 9 Ogos nanti, kini sudah hampir siap.
Pereka fesyennya, Syaiful Baharim yang ditemui portal murai.com.my berkata, beliau bertanggungjawab mencipta dan merealisasikan 3 busana istimewa buat pelakon jelita itu bagi melengkapkan hari pernikahannya.
Pereka fesyennya, Syaiful Baharim yang ditemui portal murai.com.my berkata, beliau bertanggungjawab mencipta dan merealisasikan 3 busana istimewa buat pelakon jelita itu bagi melengkapkan hari pernikahannya.
Tiga persalinan itu ialah untuk majlis perkahwinan secara sivil pada 9 Ogos, diikuti upacara akad nikah dan majlis resepsi (14 Ogos) yang akan disaksikan lebih kurang 70 tetamu dari kedua-dua pihak.
Kata Syaiful, ketiga-tiga busana indah itu mempunyai profil dan personaliti tersendiri. Bagaimanapun ia masih menerapkan elemen kesederhanaan tetapi vogue sebagaimana yang diingini Maya sendiri.
Antara yang menarik perhatian ialah rekaan baju untuk majlis perkahwinan secara sivil yang berinspirasikan filem dan drama bersiri sensasi Sex and The City. Rekaan yang hadir bersama skirt dan blazer itu, memilih rona putih dengan penggunaan fabrik dutchess satin selain diperindahkan lagi dengan perincian pleat.
"Untuk persalinan ini, Maya sendiri yang mahukan ianya mempunyai pesona sebagaimana Carrie Bradshaw dalam Sex and The City yang tampak moden tetapi masih mengekalkan kesopanan," kata Syaiful yang ditemui di butiknya di Plaza Damas, Sri Hartamas, semalam.
Maya dan bakal suaminya, Steven David Shorthose, 38, atau nama Islamnya, Mohd Ali Abdullah akan diisatukan pada 9 Ogos ini di Bellagio. Antara selebriti yang bakal hadir ke majlis berkenaan ialah Shuhaimi Baba, Kavita Sidhu dan Yasmin Yusoff dan Jeslina Hashim yang bertindak sebagai pengapit pengantin.Katanya lagi, untuk upacara akad nikah, dia akan menghadiahkan Maya dengan ilham gaun pengantin yang lebih anggun dan moden dengan aplikasi fabrik lace serta sifon dari rona ivory.
"Apa yang paling penting ialah penampilan Maya hari itu nanti akan tampak timeless dan anggun. Sementara untuk gaun pengantin pada majlis persandingan di Lake Como nanti, saya memilih warna off white dari fabrik creep satin. Rekaannya juga moden, hadir dengan train panjang," ujarnya.
Jelas Syaiful, sebagai pereka fesyen, sudah semestinya dia akan memberikan yang terbaik untuk hari bahagia pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, apatah lagi hubungannya dengan Maya boleh dikatakan akrab.Bukan setakat 3 persalinan mempelai, Syaiful turut bertanggungjawab menyiapkan pakaian pengapit yang akan mengiringi Maya dan bakal suaminya itu.
"Sebenarnya apabila Maya memberi tahu saya bahawa dia akan berkahwin, saya terkejut. Lebih terkejut apabila dia memilih saya untuk mencipta baju perkahwinannya. Kami sama-sama berbincang dan mencari rekaan yang sesuai dengan kehendak Maya," katanya.
murai.com.my
Teks & Foto oleh Haswari Ali
0 comments:
Post a Comment