Entourage
footprints
Saturday, September 27, 2008
In Trend, October Wedding issue
Labels: In Trend, Maya Karin, syaiful baharim, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Thursday, September 4, 2008
Maya's wedding
Labels: Maya Karin, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Wednesday, September 3, 2008
Maya's Green Wedding by Syaiful Baharim
Labels: Maya Karin, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Saturday, August 16, 2008
Maya ties the knot
Labels: Maya Karin, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Wednesday, August 13, 2008
Maya
UNTUK majlis akad nikah, Maya akan memakai gaun labuh dengan rekaan moden, berserta kain layah. Menggunakan kain taffeta warna gading. Mementingkan ciri kesopanan, bahagian bawahnya sedikit kembang, bagi mewujudkan ciri tak lapuk dek zaman.
BAGI acara sivil pula, Maya akan mengenakan jaket moden putih berserta skirt rona serupa yang menutup lutut. Kedua-duanya diperbuat daripada kain Dutchess Satin. Rekaannya dikatakan ala gaya Carrie Bradshaw, watak popular daripada siri Sex and the City.
MAJLIS resepsi pula bakal menyaksikan Maya memperagakan gaun moden putih gading diperbuat daripada kain satin. Ia direka bagi membolehkan pelakon itu bergerak bebas pada majlis berkenaan. Kesemua gaun Maya menggunakan fabrik diimport.
INFO
SYAIFUL dan Maya saling mengenali dan bekerjasama sejak tahun 2002 ketika artis itu mula hendak mencipta nama dalam dunia hiburan tempatan.
PEREKA ini sering kali menggayakan Maya dengan rekaannya termasuk ketika artis jelita itu menghadiri majlis anugerah.
MAYA juga artis pertama yang mengenakan rekaan Syaiful apabila pereka itu memiliki butik sendiri di Sri Hartamas. Maya ialah bidadari Syaiful bagi koleksi ciptaannya sebelum ini.
CIPTAAN Syaiful dikatakan menepati cita rasa Maya, menyebabkan kedua-duanya kekal bekerjasama sehingga sekarang.
ANTARA artis lain yang turut mengenakan rekaan Syaiful ialah Dayang Nurfaizah, Fazura, Wardina, Dynas, Julia Ziegler dan ramai lagi.
Labels: Maya Karin, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Friday, July 25, 2008
Gaun Kahwin Maya Ilham Sex And The City!
Pereka fesyennya, Syaiful Baharim yang ditemui portal murai.com.my berkata, beliau bertanggungjawab mencipta dan merealisasikan 3 busana istimewa buat pelakon jelita itu bagi melengkapkan hari pernikahannya.
Tiga persalinan itu ialah untuk majlis perkahwinan secara sivil pada 9 Ogos, diikuti upacara akad nikah dan majlis resepsi (14 Ogos) yang akan disaksikan lebih kurang 70 tetamu dari kedua-dua pihak.
Kata Syaiful, ketiga-tiga busana indah itu mempunyai profil dan personaliti tersendiri. Bagaimanapun ia masih menerapkan elemen kesederhanaan tetapi vogue sebagaimana yang diingini Maya sendiri.
"Untuk persalinan ini, Maya sendiri yang mahukan ianya mempunyai pesona sebagaimana Carrie Bradshaw dalam Sex and The City yang tampak moden tetapi masih mengekalkan kesopanan," kata Syaiful yang ditemui di butiknya di Plaza Damas, Sri Hartamas, semalam.
Maya dan bakal suaminya, Steven David Shorthose, 38, atau nama Islamnya, Mohd Ali Abdullah akan diisatukan pada 9 Ogos ini di Bellagio. Antara selebriti yang bakal hadir ke majlis berkenaan ialah Shuhaimi Baba, Kavita Sidhu dan Yasmin Yusoff dan Jeslina Hashim yang bertindak sebagai pengapit pengantin.Katanya lagi, untuk upacara akad nikah, dia akan menghadiahkan Maya dengan ilham gaun pengantin yang lebih anggun dan moden dengan aplikasi fabrik lace serta sifon dari rona ivory.
"Apa yang paling penting ialah penampilan Maya hari itu nanti akan tampak timeless dan anggun. Sementara untuk gaun pengantin pada majlis persandingan di Lake Como nanti, saya memilih warna off white dari fabrik creep satin. Rekaannya juga moden, hadir dengan train panjang," ujarnya.
Jelas Syaiful, sebagai pereka fesyen, sudah semestinya dia akan memberikan yang terbaik untuk hari bahagia pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, apatah lagi hubungannya dengan Maya boleh dikatakan akrab.Bukan setakat 3 persalinan mempelai, Syaiful turut bertanggungjawab menyiapkan pakaian pengapit yang akan mengiringi Maya dan bakal suaminya itu.
"Sebenarnya apabila Maya memberi tahu saya bahawa dia akan berkahwin, saya terkejut. Lebih terkejut apabila dia memilih saya untuk mencipta baju perkahwinannya. Kami sama-sama berbincang dan mencari rekaan yang sesuai dengan kehendak Maya," katanya.
Labels: Maya Karin, syaiful baharim, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Wednesday, July 9, 2008
A simple wedding
..."Pernikahan saya akan berlangsung di Bellagio, Itali. Majlis pendaftaran sivil akan berlangsung pada 9 Ogos dan diikuti upacara pernikahan pada 14 Ogos di sebuah vila sebelum saya mengadakan sebuah majlis sederhana pada 29 Ogos di Kuala Lumpur," lancar tutur Maya...
.."Saya berasa rimas dan macam tak boleh bernafas kalau membuat sebuah acara besar-besaran. Lagi pun, inilah saya, memang gemarkan sesuatu yang ringkas. Saya tak bijak membuat majlis yang glamor," katanya ketawa...
Bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim dan Radzuan Radziwill, Maya saat ditanya bagaimana Steven menangkis gosip mengenai dirinya dengan lelaki VIP dan menjalani percintaan dengan artis terkenal sepertinya, bintang yang mula dikenali menerusi program Wavelenght ini berkata, bakal suaminya seorang yang tenang.
..."Dia seorang yang cool dan kami selalu berkompromi dalam banyak hal. Memang, saya akui adakalanya kesibukan saya membataskan hubungan kami, tapi kami akan mencuri masa untuk bersama...
Labels: Maya Karin, syaiful baharim
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Maya says I DO..
Bagaimanapun, tanggapan awam masih mahu mempercayai bahawa cinta Maya adalah seorang VIP. Namun dengan pengumuman itu - ya Maya akan melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos di sebuah taman lokasi percutian terkemuka, Ballegio, Itali - bagaikan melenyapkan spekulasi dan gosip cinta sensasi itu.
Bagaimanapun Maya sendiri tidak melihat pengumumannya berhubung tarikh pernikahan bersama Muhammad Ali sebagai berita yang dengan sendiri akan melenyapkan segala cerita liar mengaitkannya dengan VIP tadi. Baginya, dia tidak menghiraukan khabar angin terbabit kerana ia sememangnya tidak berasas.
"Sama ada saya mengumumkannya sekarang atau lama dulu, semua itu tidak bermakna kerana mereka yang ingin mempercayai cerita bukan-bukan, akan tetap mempercayainya," katanya pada sidang akhbar yang berlangsung dalam suasana penuh ceria.
Sementara itu, ketika bercerita mengenai majlis perkahwinannya, Maya mengaku dia lebih gembira sekiranya ia diadakan dalam keadaan sederhana saja.
"Paling penting, semua orang berasa seronok dan saya dapat meraikannya bersama keluarga, rakan dan tetamu lain dengan seadanya," kata Maya sambil memberitahu, betapa dia berasa rimas untuk memikirkan majlis besar-besaran.
Lagipun, kata Maya, perkahwinan ialah perkara yang bersifat peribadi dan amat istimewa. Justeru, dia akan mengadakan majlis keraian pernikahannya mengikut keselesaan diri sendiri.
Majlis resepsi di ibu kota nanti juga tidak akan menyaksikan pelakon itu menerima atau membalas sebarang dulang hantaran. Jelas Maya, bukan saja dia dan Muhammad Ali mahukan majlis yang ringkas, malah jejaka itu juga berseorangan di Kuala Lumpur. Lalu tidak masuk akal untuk menyusahkannya menyediakan segala kelengkapan termasuk hantaran.
"Begitu juga ketika di Itali, kami hanya akan melangsungkan acara akad nikah dan menyerahkan mas kahwin saja," kata Maya yang akan mengenakan rekaan Syaiful Baharim pada majlis di Ballegio, manakala acara keraian di Kuala Lumpur pula akan menyaksikannya mengenakan rekaan Radzuan Radziwill.
Labels: Maya Karin, syaiful baharim, wedding
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |
Friday, May 30, 2008
EH Maya
EH, June 2008 issue features Maya. Posing in white bridal dress, she looks simply stunning talking about her preparation for her much-talk-about wedding in August. The whole issue is attributed to bridal wear featuring top local designers like Radzuan Radzwill, Salikin Sidek, Albert King and Syaiful Baharim.
Labels: bridal, EH, Maya Karin, syaiful baharim
Bookmark this post:blogger widgets
Social Bookmarking Blogger Widget |







