..."Pernikahan saya akan berlangsung di Bellagio, Itali. Majlis pendaftaran sivil akan berlangsung pada 9 Ogos dan diikuti upacara pernikahan pada 14 Ogos di sebuah vila sebelum saya mengadakan sebuah majlis sederhana pada 29 Ogos di Kuala Lumpur," lancar tutur Maya...
.."Saya berasa rimas dan macam tak boleh bernafas kalau membuat sebuah acara besar-besaran. Lagi pun, inilah saya, memang gemarkan sesuatu yang ringkas. Saya tak bijak membuat majlis yang glamor," katanya ketawa...
Bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim dan Radzuan Radziwill, Maya saat ditanya bagaimana Steven menangkis gosip mengenai dirinya dengan lelaki VIP dan menjalani percintaan dengan artis terkenal sepertinya, bintang yang mula dikenali menerusi program Wavelenght ini berkata, bakal suaminya seorang yang tenang.
..."Dia seorang yang cool dan kami selalu berkompromi dalam banyak hal. Memang, saya akui adakalanya kesibukan saya membataskan hubungan kami, tapi kami akan mencuri masa untuk bersama...
.."Saya akan bekerja seperti biasa kerana berasa boleh mengimbangi hal kerja dan rumah tangga serentak," katanya yang baru melancarkan laman web rasminya, www.mayakarin.com...
Maliah Surip
KOSMO, July 9th 2008
0 comments:
Post a Comment